PUCHONG: Gara-gara pertikaman lidah di Facebook, seorang lelaki bertindak memecahkan cermin lalu membakar sebuah Proton Waja yang diletakkan di bahu jalan di Jalan BK5, Bandar Kinrara, di sini, pada Rabu.
Perbuatan lelaki tersebut tular melalui empat klip video berdurasi satu minit 30 saat, satu minit 26 saat, satu minit 15 saat dan 47 saat yang dimuat naik di Facebook memaparkan dirinya mengamuk sambil membuat provokasi serta memecahkan cermin kereta terbabit.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu sekitar jam 4 petang.
"Sekitar jam 8.40 malam kereta yang dirosakkan itu telah dibakar dipercayai dengan perbuatan khianat. Hasil maklumat, suspek yang berusia 42 tahun telah ditahan dan mengaku membakar kenderaan tersebut.
"Kejadian difahamkan berpunca daripada pergaduhan dan perselisihan faham yang berlarutan berkenaan beberapa hantaran di laman Facebook di antara kedua-dua pihak," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Anbalagan berkata, seramai lima suspek berusia dalam lingkungan 36 hingga 42 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
"Seorang lelaki ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dua lelaki dan seorang wanita di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan seorang lelaki ditahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 30 2021
Suspek mengamuk sambil memegang seketul batu sebelum bertindak memecahkan cermin lalu membakar sebuah Proton Waja yang diletakkan di bahu jalan di Jalan BK5, Bandar Kinrara, Puchong pada Rabu. -Foto Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (13 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ops Tiris 3.0 tumpas sindiket seleweng minyak diesel
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 dengan rampasan 2,550 liter minyak.
Ops Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU
Sebanyak 10 warga asing yang bekerja sebagai kru nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu oleh APMM.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Wanita rugi lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara kerugian RM619,390 selepas terperdaya dengan pelaburan secara dalam talian tidak wujud.
Perkeso akan wujud pangkalan data khas bagi penggiat seni
Perkeso akan menyediakan pangkalan data khas senarai nama penggiat seni khususnya perfileman yang telah melakukan caruman menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Tumpuan Selasa - 14 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Olimpik Paris 2024: Pakar psikologi BAM sedia program baharu bantu persiapan pemain
Pakar psikologi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Frederick Tan bakal memperkenalkan program baharu yang direka khas untuk membantu persiapan pemain ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Ditumbuk, cermin kereta dipecah kerana bunyikan hon
Suspek turut menumbuk dan memukul kepala pemandu kereta berkenaan menggunakan topi keledar.
Pecah cermin, bakar kereta akibat selisih faham
Kejadian difahamkan berpunca daripada pergaduhan dan perselisihan faham yang berlarutan berkenaan beberapa hantaran di laman Facebook.
Polis siasat video tular wanita pecahkan cermin van penghantar
Polis menerima dua laporan berasingan membabitkan wanita itu dan pemandu van penghantar barang tersebut.
Gara-gara tak puas hati bunyi hon, lelaki naik angin pecahkan cermin kereta
Setelah cermin keretanya dipecahkan, mangsa bertindak dengan terus memandu kenderaannya ke balai polis.
Geng 'Fikriyadi' ditahan polis
Kedua suspek juga mengaku bergiat aktif melakukan pecah cermin kenderaan di kawasan Damansara sejak September tahun lalu
Padah mengamuk pecah cermin dan kemikkan bumbung kereta, lelaki didenda
Seorang lelaki didenda RM5,000 kerana memecahkan cermin kereta milik rakan adik perempuannya.
'Cantik gelang Raya?' - Netizen kecam lelaki baran pecah cermin kereta kerana dihon
Suspek pecah cermin kereta dah kena tangkap
Lapan diberkas dalam kes samun, pecah cermin kereta
Lapan suspek kes rompak dan pecah cermin kereta di sekitar ibu negara diberkas di tiga tempat berasingan dalam serbuan oleh Polis Selangor.